A. PELAKSANAAN SISTEM I-NILAM SECARA ONLINE
Dimaklumkan kutipan data NILAM secara online boleh dilaksanakan oleh GPM, Guru Data, Guru Penyelaras NILAM dan Guru NILAM berkuatkuasa mulai
18-Feb-2010.
Tanggungjawab
1. GPM - Mendaftar/mengemaskini maklumat pengguna peringkat sekolah dan memberi tahap capaian sistem kepada pengguna samada sebagai Guru Data, Guru Penyelaras NILAM atau Guru NILAM.
2. Guru Data - Mendaftar/mengemaskini maklumat kelas dan murid
3. Guru NILAM - Merekod/mengemaskini jumlah bacaan terkumpul setiap murid setakat 31-Dis-2009 dan jumlah bacaan bulanan murid setiap hujung bulan.
4. Guru Penyelaras NILAM - Mengesahkan data NILAM sekolah yang direkodkan oleh Guru NILAM.
B. AKTIVITI PENARAFAN PSS 2010 (iQ-PSS 2010) TELAH BERMULA
Makluman untuk semua GPM dan PTP PKG.
Penarafan PSS bagi tahun 2010 boleh dilaksanakan secara online berkuatkuasa mulai 09-FEB-2010.
Tanggungjawab GPM:
• Kemaskini profil sekolah/PSS sekiranya terdapat perubahan
• Isi borang iQ-PSS 2010 secara online dengan lengkap.
• Masukkan catatan anda sebagai GPM.
• Cetak iQ-PSS dan majukan borang iQ-PSS tersebut kepada pengetua/guru besar anda untuk pengesahan di atas borang sebagai tanda pengetua/guru besar anda bersetuju dengan penilaian yang anda telah buat secara online.
• Kemaskini iQ-PSS 2010 anda secara online dengan menandakan ruangan pengesahan pengetua/guru besar.
• Setelah berpuashati, majukan iQ-PSS 2010 sekolah anda secara online kepada PTP PKG anda.
Tanggungjawab PTP PKG:
• Sila semak iQ-PSS 2010 untuk setiap sekolah ahli PKG anda secara terperinci.
• Beri ulasan dan cadangan.
• Sekiranya tidak berpuashati dengan penilaian GPM, majukan semula secara online kepada GPM.
• Setelah berpuashati, sahkan iQ-PSS 2010 sekolah ahli PKG anda.
March 13, 2010
5:25 PM
PUSAT KEGIATAN GURU SERI DUNGUN




