Inovasi Guru Untuk Guru

"SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI PKG SERI DUNGUN . TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI "

August 15, 2010

KAMPUS ASTRO : MySTORY (saluran 318)

Dengan semangat patriotisme yang membara sempena menyambut Hari Kebangsaan yang ke-53, Astro membuka langkah awal apabila menyediakan saluran baru khas untuk pelanggan setianya dan rakyat Malaysia amnya. Sebagai tanda penghargaan kepada tanah air yang tercinta, saluran MySTORY (318) diwujudkan bermula 30 Ogos hingga 16 September ini agar rakyat Malaysia boleh berkongsi kisah 1Malaysia mereka bersesuaian dengan tema kemerdekaan.
Menurut Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan, rakyat Malaysia berpeluang untuk menyampaikan kisah mereka sendiri berkaitan negara tercinta yang cukup kaya dengan seni warisan dan budaya ini.

* Pihak PKG telah memaklumkan kepada sekolah ahli tentang saluran baru MySTORY ini, dengan memanjangkan emel daripada BTPN kepada pihak sekolah.

0 komen:

Kongsi di Laman Sosial Anda

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More