Inovasi Guru Untuk Guru

"SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI PKG SERI DUNGUN . TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI "

March 1, 2011

Kursus Penggunaan EDUWEBTV v2.0 Fasa 1 Daerah Dungun

Kurus telah dijalankan bermula dari 27 hingga 28 Februari 2011. Seramai 13 orang peserta telah menyertai kursus ini yang dikendalikan oleh 2 orang fasilitator yang berpengalaman luas iaitu En. Zulkifli B. Ghani , Pegawai Teknologi Pendidikan I PKG Bukit Besi serta En. Abdul Razak B. Mansor, Pegawai Teknologi Pendidikan I PKG Seri Dungun. Kursus ini juga turut diserikan dengan kehadiran 2 orang Pegawai BTP iaitu En Mohd. Zohir dan En. Muhammad Harun.

Pelbagai input yang diberikan kepada peserta dari pengenalan EDUWEBTV, cara penggunaan serta kaedah untuk diintegrasikan ke dalam proses PnP guru. Disamping itu juga para peserta turut didedahkan dengan pengurusan item atau pun alatan yang dibekalkan ke sekolah.

Setelah 2 berkursus didapati bahawa para peserta memberikan impak yang amat membanggakan. Diharapkan dengan selesainya kursus ini, penggunaan EduWeb TV dapat dipraktikkan secara berkesan oleh guru dan murid dalam membantu P&P.

0 komen:

Kongsi di Laman Sosial Anda

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More