Penyelenggaraan peralatan ICT KPM 2011 di daerah Dungun telah bermula pada Julai 2011 dan masih berjalan sehingga hari ini. Namun adalah suka kami mengingatkan pihak sekolah untuk memastikan perkara-perkara berikut :
Sebelum :- Persediaan Pihak Sekolah
1- Menyediakan Daftar Modal (Kew.PA-2)
2- Borang Aduan Kerosakan Aset alih Kerajaan (Kew.PA-9)
3- Penyelenggaraan Harta Modal (Kew.PA-14)
4- Mengisi STS secara Online
Semasa : - Syarikat Penyelenggaraan
1- Salinan Borang Pemeriksaan Penyelenggaraan Peralatan ICT (Borang PPP)
**Jika peralatan dibawa keluar dari kawasan sekolah, pastikan :
1- Salinan Borang Kebenaran Membawa Keluar Peralatan ICT Untuk Penyelenggaraan (Borang KMKP)
Selepas :
menandatangani dan menerima salinan
1- Borang Pengujian dan Pentauliahan (SPP)
2- Sijil Akuan Penerimaan (SAP)
3- Sijil Pengesahan Perkhidmatan Penyelenggaraan Peralatan ICT (Borang PPP1)





0 komen:
Post a Comment