Bengkel Pembinaan Laman Pembelajaran Maya Frog VLE Siri 2 untuk mata pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 2 telah diadakan pada 25 hingga 26 Jun 2014 bertempat di Pusat Kegiatan Guru Pulau Serai. Bengkel ini disertai 38 orang guru agama sekolah-sekolah menengah daerah Dungun. Bengkel adalah anjuran PKG Daaerah Dungun dan diuruskan oleh 4 buah PKG daerah. Bengkel ini boleh dikatakn amat berjaya kerana kesemua peserta dapat menyiapkan tugasan yang diberi dalam tempoh masa berbengkel, Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta bengkel. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada 4 orang Fasilitator iaitu En Mohd Fadli bin Omar dari SMK Agama Kuala Abang, En Rosli bin Mat Nor dari SMK Pulau Serai, En Che Razali bin Che Mat dari SK Sura dan En Mohd Azmi bin Saliman dari SK Kompleks Kuala Abang yang turut sama membantu menjayakan bengkel pada kali ini. Bengkel Pembinaan Laman PdP VLE ini akan diteruskan dengan Siri 3 yang akan berlangsung September ini.
















0 komen:
Post a Comment